Monday, March 23, 2015

Teknik mengambil gambar (unsur Pendidikan Moral)

Terdapat pelbagai jenis teknik pengambaran gambar foto. Antaranya ialah



Nama Imej : Sijil Rekod National
Teknik    : Teknik jarak dekat (close up)
Lokasi    : Pusat Sumber IPDA, Jitra
Apeture   : f/2.4
Exposure  : 1/20 sec
Nama Imej : Bendera Malaysia
Teknik        : Teknik jarak sederhana 
                     (medium close up)
Lokasi        : Pusat Sumber IPDA, Jitra
Apeture      :  f/2.4
Exposure   : 1/16 sec

Nama Imej  : Bendera Malaysia
Teknik    : Teknik jarak jauh (long shot)
Lokasi    : Pusat Sumber IPDA, Jitra
Apeture   :  f/2.4
Exposure  : 1/25 sec


Nama Imej : Reben yang ditulis dengan nilai-nilai murni
Teknik        : Teknik Pembekuan
Lokasi        : SJK (C) Sino English, Seremban
Apeture      : f/2.4
Exposure   : 1/160 sec

Nama Imej : Murid bermain bersama semasa waktu rehat
Komposisi : Teknik Aksi
Lokasi        : SJK (C) Sino English, Seremban
Apeture      : f/2.4
Exposure   : 1/160 sec


Nama Imej: Bendera Malaysia
Komposisi: Framming
Lokasi: Pusat Sumber IPDA, Jitra
Apeture: f/2.4
Exposure: 1/13 sec


Nama Imej : Sekolah SJK (C) Sino English
Komposisi : Perspektif
Lokasi        : SJK (C) Sino English, Seremban
Apeture      : f/2.4
Exposure   : 1/320 sec

Nama Imej : Sekolah SJK (C) Sino English
Komposisi : Simetri
Lokasi        : SJK (C) Sino English, Seremban
Apeture      : f/2.4
Exposure   : 1/1600 sec

Nama Imej : Sekolah SJK (C) Sino English
Komposisi : Simetri
Lokasi        : SJK (C) Sino English, Seremban
Apeture      : f/2.4
Exposure   : 1/100 sec

Nama Imej : Gambar Patriotisme pada dinding
Komposisi : Aturan satu pertiga (rule of third)
Lokasi        : SJK (C) Sino English, Seremban
Apeture      : f/2.4
Exposure   : 1/32 sec
Teknik Penggambaran

1.                 Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom atau kelajuan shuttle yang perlahan.

2.                  Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash atau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakan flash.

Jenis-jenis Shot

*     CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.
*     MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.
*     BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.
*     ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.
*     MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian pinggang sampai ke atas kepala.
*     TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
*     ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana peristiwa atau adegan itu berlaku.
*     LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek, memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
*     WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan bahagian bawah subjek.
*     Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.


Terdapat pelbagai jenis teknik penggambaran fotografi. Antaranya ialah:
1.    Teknik Jarak Dekat
*     Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi sumber yang membantu pengajaran dan pembelajaran apabila guru ingin memberikan fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Contohnya, daripada imej seekor rama-rama yang menghinggapi sekuntum bunga, guru dapat menerangkan proses pendebungaan.

2.    Teknik Jarak Sederhana
*     Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan maklumat yang lebih banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak sederhana. Fokus jarak sederhana dapat menghasilkan imej pemandangan atau persekitaran yang lebih menyeluruh. Imej pemandangan dan persekitaran sangat sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan pemandangan pelajar terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seorang guru Kajian Tempatan dapat meningkatkan pemahaman pelajarnya terhadap pola petempatan atau aktiviti ekonomi penduduk di kawasan yang digambarkan.

3.    Teknik Panning
*     Teknik ini digunakan dalam foto aksi atau sukan. Kamera digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shuttle pada kelajuan shutter yang agak perlahan. Hasil daripada teknik ini ialah imej objek yang bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yang statik akan kelihatan kabur.
*     Bagi menghasilkan imej panning yang memuaskan, pusatkan tumpuan kepada subjek melalui viewfinder. Pusingkan bahagian atas badan anda mengikut pergerakan subjek semasa anda menekan shutter bagi dedahan sehingga selesai shutter tertutup.

Monday, March 9, 2015


Gambar PBS

buku latihan
Nama Imej : Buku Latihan
Teknik    : Teknik jarak dekat (close up)
Lokasi    : Negeri Sembilan
Apature   : f/2.4
Exposure  : 1/25 sec
















Wednesday, May 2, 2012

Mind Map


Jenis Cabang

Jenis Kitaran



Jenis Tulang IkanJenis Carta Alir
Jenis Pokok

1.0 PENGENALAN
Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran, percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai "jaring" atau "penjaringan", merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.
Sebab Mengapa Kita Perlu Menggunakan Peta Minda

Anda tahukan peta minda ? Ada 4 sebab mengapa kita perlu menggunakan peta minda dalam proses pembelajaran. Tetapi ingat, peta minda bukan sekadar untuk pembelajaran sahaja, ianya juga boleh digunakan dalam pelbagai aktiviti seperti brainstorming, membantu dalam proses membuat keputusan dan dalam penjadualan.


1. Sistem pembelajaran kita pada hari ini kebanyakannya menggunakan otak kiri. Matematik, Sains, Bahasa Melayu, dan Sejarah semuanya menggunakan otak kiri yang berfungsi berdasarkan logik, turutan, bahasa, linear.Jadi dengan menggunakan peta minda, otak kanan juga dapat dilibatkan. Otak kanan bahagian yang berfungsi berdasarkan imaginasi, warna,kretiviti dan irama . Dengan menggunakan fungsi kedua-dua otak, anda akan lebih genius. Anologinya seperti perbandingan berlari dengan kedua belah kaki dan sebelah kaki. Berlari dengan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik daripada berlari dengan satu kaki betul tak? Begitu juga dengan mendengar. Mendengar dengan kedua belah telinga lebih baik daripada satu telinga. Begitu juga dengan otak. Menggunakan kedua-duanya membuatkan kita lebih baik daripada menggunakan sebahagian daripadanya sahaja.

2. Sebab kedua adalah kebanyakkan perkataan dalam nota adalah kurang berfungsi. “Nama sebenar saya ialah Saiful. Saya tinggal di pulau Pinang.” Agak-agak anda berapa perkataan yang penting dalam dua ayat di atas? Ya, betul hanya dua sahaja iaitu saiful dan pulau Pinang. 2 daripada 9 perkataan sahaja penting. Bermakna hampir 80% perkataan kurang penting. Persoalannya mahukah kita membazirkan masa kita kepada 80% ini. Tentu tidak. Kita hanya memberi fokus pada golongan 20% sahaja. Jadi ini akan memudahkan lagi proses ingatan anda. Cara nota yang lama akan menyukarkan kita. Tetapi dalam peta minda, ianya meringkaskan apa yang perlu difokuskan.

3. Satu perkataan dapat mewakili banyak perkataan. Ya merujuk contoh di atas, perkataan ‘Pulau Pinang’ akan memberitahu bahawa ‘Saiful tinggal di Pulau Pinang’. Nota linear berfungsi berdasarkan ayat. Ini menyebabkan kita terpaksa memberi fokus pada ayat tersebut untuk mengingat berbanding peta minda yang memberi fokus pada perkataan.

4 . Sebab lain kita perlu menggunakan peta minda adalah, satu kertas peta minda sudah cukup untuk memuatkan banyak fakta. Ini lebih memudahkan kita melihatnya untuk mengulangkaji di kemudian hari. Tidak seperti nota linear yang mungkin terdiri daripada beberapa helai kertas. kertas VS 4 kertas, mana jauh lebih baik?


Isu  Kemalangan  Jalan  Raya
M
engikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UTM), sikap pemandu ketika berada di jalan raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu marcapada ini memandang enteng terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.. Buktinya, ramai pemandu yang tidak mematuhi ‘speed limit’ terutamanya ketika memandu di lebuh raya sehingga menyebabkan mereka gagal mengawal kenderaan apabila cuba membelok ke kanan atau ke kiri di selekoh-selekoh jalan. Di sisi itu, risiko untuk seseorang mengalami kecelakaan jalan raya adalah lebih tinggi bagi mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk atau pun mabuk. Hal ini demikian kerana pemandu yang memandu kenderaan ketika mengantuk akan hilang konsentrasi semasa memandu dan secara tidak langsung menyebabkan kenderaan dikawal secara ‘auto-pilot’ yang akhirnya membawa kepada kemalangan jalan raya. Selain itu, sikap sesetengah pemandu yang leka berbual-bual dengan rakan sebelah serta mengggunakan telefon bimbit ketika memandu turut menyebabkan kemalangan. Pernyataan ini diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 peratus pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Pendek kata, kecuaian pemandu ketika di jalan raya merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya.
Selain daripada faktor manusia, keadaan fizikal jalan raya yang tidak memuaskan turut membawa kepada kemalangan jalan    raya. Di samping struktur jalan yang berlekak-lekuk serta mempunyai permukaan yang tidak rata, infrastruktur jalan yang turut gagal berfungsi juga boleh membahayakan pengguna jalan raya khususnya bagi mereka yang memandu pada waktu malam. Namun, ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan raya menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap dan seterusnya membataskan penglihatan para pemandu terhadap objek di hadapan mereka. Kondisi sebegini bukan sahaja mengganggu tumpuan pemandu malah secara tidak langsung menyebabkan pemandu tidak sedar akan posisi sebenar kenderaan mereka.
Secara intihanya, kemalangan maut di jalan raya berpunca daripada pelbagai faktor. Pada hakikatnya, kecelakaan jalan raya bukan sahaja mengakibatkan kecederaan serta menyebabkan banyak nyawa terkorban, malah telah memusnahkan alam sekitar dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di jalan raya. Hal ini secara tidak lansung telah menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara memandangkan pihak kerajaan terpaksa menghabiskan berjuta-juta ringgit untuk membaik pulih infrastruktur jalan. Oleh hal yang demikian, pelbagai pihak haruslah berganding bahu dalam mencari ikhtiar supaya kadar kemalangan maut jalan raya di Malaysia dapat dikurangkan.
                                                                                                                    Ibu ...ibu ...
                                            Berhati-hati semasa berenang
                                                              mesti budak ni buat...