Teknik Penggambaran
1. Kamera hendaklah dipegang dengan teguh supaya tidak bergoyang semasa anda memetik punat pelepas shuttle, terutama apabila melibatkan penggunaan lensa zoom atau kelajuan shuttle yang perlahan.
2. Jangan menghalang bidikan-bagi mengelakkan gambar kelihatan sebahagian gelap atau terlindung, pastikan jari anda atau objek-objek lain jauh dari lensa, tingkap flash atau tingkap sensor. Apabila cahaya suram, gunakan flash.
CU (Close Up): Shot yang menampilkan dari batas bahu
sampai atas kepala.
MCU (Medium Close Up): Shot yang menampilkan sebatas dada
sampai atas kepala.
BCU (Big Close Up): Shot yang menampilkan bahagian tubuh
atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal: wajah manusia sebatas dagu
sampai dahi.
ECU (Extreme Close Up): Shot yang merakamkan bahagian
subjek dengan teliti. Misalnya mata, hidung, atau telinga.
MS (Medium Shot): Shot yang merakamkan dari bahagian
pinggang sampai ke atas kepala.
TS (Total Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan objek.
ES (Established Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan
pemandangan atau suatu tempat untuk menangkapkan keseluruhan tempat di mana
peristiwa atau adegan itu berlaku.
LS (Long Shot): Shot yang merakamkan keseluruhan subjek,
memantapkan semua elemen dalam gambar termasuk latar belakang dan latar depan.
WS (Wide Shot): Pada Wide Shot, objek utama yang diambil
memenuhi frame dan meninggalkan sedikit ruang kosong pada bahagian atas dan
bahagian bawah subjek.
Two Shot: Shot yang merakamkan wajah dua orang.
Terdapat
pelbagai jenis teknik penggambaran fotografi. Antaranya ialah:
1. Teknik Jarak
Dekat
Imej yang dirakamkan dari jarak dekat dapat menjadi
sumber yang membantu pengajaran dan pembelajaran apabila guru ingin memberikan
fokus terhadap sesuatu kandungan pengetahuan kepada pelajar. Contohnya,
daripada imej seekor rama-rama yang menghinggapi sekuntum bunga, guru dapat
menerangkan proses pendebungaan.
2. Teknik Jarak
Sederhana
Foto yang memaparkan imej yang luas untuk memberikan
maklumat yang lebih banyak dan terperinci dapat dihasilkan melalui teknik jarak
sederhana. Fokus jarak sederhana dapat menghasilkan imej pemandangan atau
persekitaran yang lebih menyeluruh. Imej pemandangan dan persekitaran sangat
sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kerana imej yang menyeluruh itu meluaskan
pemandangan pelajar terhadap sesuatu perkara. Contohnya, seorang guru Kajian
Tempatan dapat meningkatkan pemahaman pelajarnya terhadap pola petempatan atau
aktiviti ekonomi penduduk di kawasan yang digambarkan.
3. Teknik
Panning
Teknik ini digunakan dalam foto aksi atau sukan. Kamera
digerakkan mengikut arah pergerakan objek ketika menekan shuttle pada kelajuan
shutter yang agak perlahan. Hasil daripada teknik ini ialah imej objek yang
bergerak itu kelihatan jelas, tetapi objek yang statik akan kelihatan kabur.
Bagi menghasilkan imej panning yang memuaskan, pusatkan
tumpuan kepada subjek melalui viewfinder. Pusingkan bahagian atas badan anda
mengikut pergerakan subjek semasa anda menekan shutter bagi dedahan sehingga
selesai shutter tertutup.
No comments:
Post a Comment